WASHINGTON: Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) menyekat akses komputer kepada The New York Times dan laman web lain yang menyiarkan dokumen diplomatik sensitif yang didedahkan WikiLeaks, kata seorang jurucakap wanita.
Mejar Udara Toni Tones berkata, lebih 25 laman web disekat dan tidak boleh dilayari sebarang komputer tentera udara.
Bagaimanapun, larangan yang bertujuan menghalang pembacaan maklumat rahsia itu tidak membabitkan komputer peribadi.
Beliau berkata, tindakan itu diambil Tentera Udara ke-24 yang diperintah Mej Jen Richard Webber dan bertanggungjawab terhadap peperangan siber dan keselamatan komputer untuk angkatan itu.
"Tindakan itu dipersetujui peguam tentera udara," katanya.
Tones berkata, The New York Times adalah satu-satunya akhbar AS yang termasuk dalam larangan itu.
Akhbar lain ialah Der Spiegel di Jerman, The Guardian di Britain dan Le Monde di France. - AP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment